Elektrolisis Leburan Plumbum(II) Bromida

Elektrolisis Leburan Plumbum(II) Bromida

Nota RingkasTeori Ion
Elektrolit terdiri daripada sebatian ionik yang lebur atau terlarut dalam air. Dalam leburan atau larutan akueus, sebatian ionik terurai kepada ion positif dan ion negatif. Ion-ion yang bebas bergerak inilah yang mengalirkan arus lelktrik.
Semasa elektrolisis leburan plumbum(II) bromida berlaku,

  • ion plumbum(II) bergerak ke katod dan
  • ion bromida bergerak ke anod.

Ion bromida menyahcas secara membuang elektronnya kepada anod.
2Br – 2e —>   Br2
Dua atom bromin akan membentuk satu molekul dwiatom bromin.
Wap bromin berwarna perang terbebas pada anod.

Ion plumbum(II) menyahcas secara menerima 2 elektron dari katod.
Pb2+ +  2e —–>  Pb
Logam plumbum berwarna kelabu kilat terbentuk.

Mengapakah pepejal plumbum(II) bromida tidak mengalirkan arus elektrik ?

Dalam pepejal plumbum(II) bromida, ion Pb2+ bercas positif dan ion Br yang bercas negatif diikat bersama oleh daya tarikan elektrostatik yang kuat. Ion -ion itu hanya bergetar dan berputar pada kedudukan yang tetap, tidak boleh bergerak bebas. Jadi, pepejal plumbum(II) bromida tidak mengalirkan arus elektrik.
Dalam leburan plumbum(II) bromida, daya tarikan elektrostatik yang kuat sudah diatasi oleh tenaga haba yang diserap.
Ion Pb2+ bercas positif dan ion Br yang bercas negatif adalah bebas bergerak.
Ion-ion yang bebas bergerak inilah yang bertanggungjawab ke atas pengaliran arus elektrik.


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: